Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPAD: Uber perlu patuhi undang-undang M'sia
Diterbitkan:  Aug 28, 2014 10:00 AM
Dikemaskini: 3:19 AM

Uber, syarikat antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar, perlu mematuhi undang-undang berhubung perkhidmatan itu kepada pelanggan di Malaysia,

kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

 

SPAD dalam satu kenyataan berkata Uber melakukan beberapa kesalahan seperti menggunakan kenderaan peribadi bagi mengangkut penumpang - satu kesalahan di bawah Akta Pengakutan Awam Darat 2010.

    

Sementara beberapa orang pemandu syarikat itu tidak mempuyai lesen memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).   

    

"Dalam usaha untuk menentukan Uber mematuhi undang-undang Malaysia, SPAD telah cuba menghubugi Uber menerusi telefon dan e-mel, tetapi setakat ini Uber belum memberikan respons," kata suruhanjaya itu.  

    

Suruhanjaya itu berkata kenderaan yang digunakan Uber tidak diliputi oleh insuran komersial dan mungkin juga tidak menjalani pemerikaan Puspakom dua kali setahun.

    

Kenyataan itu berkata, SPAD mengambil pendekatan yang lebih pragmatik dan sedia membenarkan Uber menjalankan perkhidmatannya dengan syarat kenderaan dan pemandu mempunyai lesen sewajarnya.

    

Menurut laman web Uber, ketika ini ia menawarkan perkhidmatan di lebih 70 bandaraya di serata dunia.   

    

Ahad lepas, beberapa pengusaha dan persatuan teksi menggesa SPAD mengambil tindakan terhadap Uber yang mereka dakwa antara lain menjejas pendapatan pemandu teksi di Lembah Klang.  

    

"Sekalipun orang ramai puashati dengan perkhidmatan Uber ketika ini, namun tanpa peraturan dan undang-undang, tidak ada jaminan bahawa orang ramai mendapat perlindungan pada jangka panjang," kata kenyataan itu.  

- Bernama

Lihat Komen
ADS