Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar mohon PAS hormati keputusan 17 Ogos
Diterbitkan:  Aug 28, 2014 1:28 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon kepada PAS supaya menghormati keputusan Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos supaya setiap parti hanya menghantar satu nama sebagai menteri Besar Selangor.

Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, berkata ia adalah satu duluan yang betul, di mana parti-parti dalam Pakatan hanya menghantar satu nama.

"Kita bergerak berdasarkan keputusan bersama majlis kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat dan membuat keputusan pada 17 Ogos," katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan PAS untuk menghantar tiga nama sebagai calon jawatan menteri besar kepada istana Selangor.

Beliau berkata tidak ada sebarang permintaan untuk mengadakan mesyuarat berikutnya mengenai perkara itu dan oleh itu, keputusan 17 Ogos masih dipegang di mana setiap parti akan mengemukakan satu nama, sebagaimana yang dilakukan pada tahun 2008 dan 2013.

[Baca berita Penuh]

Lihat Komen
ADS