Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Pengambilan pelajar belum selesai
Diterbitkan:  Aug 30, 2014 8:00 PM
Dikemaskini: 12:09 PM

Kuota pengambilan pelajar perubatan ke universiti tempatan tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

"Proses pengambilan pelajar juga masih belum selesai dan sedang berjalan. Tidak timbul isu pelajar perubatan yang berkelayakan tidak mendapat tempat di universiti tempatan," katanya.

Beliau berkata mereka yang gagal mendapat tempat boleh membuat rayuan di peringkat Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di Jabatan Pengajian Tinggi (UPU) serta universiti.

Idris berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pulai hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan pemimpin pembangkang berhubung kesukaran pelajar mendapat tempat di fakulti perubatan universiti tempatan walaupun memiliki keputusan peperiksaan yang cemerlang.

 

Katanya, sesi pengambilan kedua bagi kemasukan pelajar ke universiti akan dilakukan September ini dan selepas itu, pelajar yang tidak mendapat tempat boleh membuat rayuan terus ke universiti terbabit.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS