Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakyat bersatu pamerkan kecintaan pada negara

Rakyat Malaysia dari segenap lapisan dan kaum bangkit cekal daripada kedukaan tragedi MH17 mempamerkan semangat patriotisme tinggi merayakan ulang tahun kemerdekaan ke-57 di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.

Mereka bersama-sama menyatukan semangat dengan lebih 14,000 peserta perbarisan dalam mempamerkan rasa cinta kepada negara, memperingati detik bendera British "Union Jack" diturunkan dan digantikan dengan kibaran bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai "Jalur Gemilang".

Semangat kesatuan itu ditunjukkan melalui perbarisan kawad oleh sejumlah kontinjen termasuk daripada jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta serta para anggota pasukan keselamatan yang melangkah gagah dalam acara perbarisan selain persembahan padang yang penuh berwarna warni.

Acara perbarisan sambutan kemerdekaan itu bermula tepat pukul 8.05 pagi, yang ditandakan dengan bunyi detikan jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad, sebanyak lapan kali, sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Pada masa yang sama, kedengaran deruan helikopter di ruang udara di atas Dataran Merdeka apabila lima buah helikopter iaitu dua EC 725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dua Agusta 109 milik Tentera Darat Malaysia (TDM), sebuah Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat lintas hormat semasa ketibaan Seri Paduka berdua.

Lihat Komen
ADS