Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP arah siasat tweet hina beliau
Diterbitkan:  Aug 31, 2014 3:41 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini meminta  unit Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) supaya mengambil tindakan terhadap individu yang menghina beliau di laman sosial Twitter.

Dalam Twitter Khalid, beliau meletakkan dua rakaman paparan ( screenshot ) individu yang menghinanya sebagai ketua polis.

Pada kedua-dua tweet tersebut, Khalid turut menyebut ( mention ) PCIRC dengan meminta supaya tindakan dapat diambil terhadap dua individu itu.

"PCIRC sila ambil tindakan terhadap orang biadab ini yang menggelar IGP 'Anjing  BN'.

"PCIRC,  juga kesan seorang lagi yang biadab ini untuk diambil tindakan," tulis Khalid.

Walaupun punca tidak puas hati individu tersebut tidak jelas, tetapi ia mungkin berkaitan dengan tindakan polis terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang  hari ini.

Dalam salah satu tweet Khalid, beliau memaparkan gambar seorang lelaki memanggilnya "anjing BN" manakala seorang lagi menulis "Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia".

Dalam perkembangan berkaitan, PCIRC berkata akan mengambil tindakan dan menjalankan siasatan terhadap individu itu, sesuai dengan arahan penyiasatan oleh Khalid.

Perkara itu dinyatakan melalui kenyataan di Facebook polis hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS