Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA kecam serangan pada rumah KM
Diterbitkan:  Aug 31, 2014 4:00 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

MCA menuntut polis menahan dan bertindak terhadap pihak yang melempar bom 'molotov cocktail' pada kediaman ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Naib Presiden MCA Datuk Chew Mei Fun berkata, walaupun mempunyai perbezaan kefahaman politik dengan DAP, mereka tetap tidak menerima sebarang insiden keganasan politik.

“Tanpa mengambil kira agenda politik di sebalik jenayah dahsyat ini, kami mengutuk keras segala bentuk keganasan,” katanya.

Beliau menggesa polis mengenal pasti dalang dalam kejadian itu dan mengheretnya ke muka pengadilan.

Kediaman Lim dilapor dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn di George Town pada kejadian hampir tengah malam tadi.

Menurut polis, pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah yang menyebabkan letupan dan terbakar selepas dibaling, tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu khianat menggunakan api.   

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS