Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Suntik MAS ibarat timbus perigi tiada dasar'
Diterbitkan:  Aug 31, 2014 4:52 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin mengkritik suntikan RM6 bilion Khazanah Nasional terhadap Malaysia Airlines (MAS) kerana ia ibarat “menimbus perigi tanpa dasar”.

Beliau membangkitkan berhubung persoalan kos menyelamatkan syarikat yang “secara teorinya sudah muflis” sedangkan memberhentikan pekerjanya saja memerlukan pampasan RM1.9 bilion.

“Apa halnya dengan kos-kos lain,” kata bekas ketua pengarang Kumpulan NSTP itu dalam blognya semalam.

Khazanah kelmarin mengumumkan pakej RM6 bilion untuk menyelamatkan MAS supaya ia kembali menjana keuntungan.

Rancangan 12 perkara itu melibatkan penubuhan syarikat baru untuk mengambil alih aset dan perniagaan syarikat lama, dengan pengurangan 30 peratus atau 6,000 pekerja.

Syarikat penerbangan itu kemudiannya boleh disenaraikan semula, mungkin dalam tempoh lima tahun, apabila ia kembali menjana keuntungan.

Kadir berkata, pampasan pekerja terhadap pekerja MAS yang diberhentikan hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis “yang menampung lebih 100,000 isi rumah”.

Ia juga, katanya, boleh digunakan atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.

Kadir juga menegaskan kembali pendiriannya bahawa terdapat lima kaedah bagi menangani isu MAS, iaitu membubarkannya, menjualnya kepada swasta, melantik pengurusan antarabangsa yang terbukti dan menghapuskan campur tangan kerajaan.

Berhubung penyelamatan, Kadir berkata, ia salah satu pilihan tetapi hendaklah dilakukan tanpa terus menerus membebankan kewangan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, suntikan pada MAS itu bukan langkah menyelamat ( bail out ) tetapi pelaburan kerana ia mesti diperoleh kembali.

Lihat Komen
ADS