Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir: Penubuhan PPS cabar kuasa polis
Diterbitkan:  Sep 2, 2014 12:47 PM
Dikemaskini: 4:49 AM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat penubuhan Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) sebagai perbuatan mencabar kewibawaan polis kerana mengambil tugas menjaga keselamatan.

Cabaran itu pula seolah-olah menunjukkan bahawa pasukan polis menindas masyarakat umum, katanya lagi seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

Beliau yang menyokong tindakan tegas dikenakan ke atas badan tersebut berkata, hanya pihak polis hanya melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan dalam negara.

"Di negara ini, pasukan polis diberi tanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara namun begitu sesetengah organisasi dibenarkan untuk menubuhkan pasukan keselamatan di tempat mereka tetapi ia tertakluk kepada peraturan dan undang-undangnya.

"Untuk seseorang itu memakai uniform dan kemudian menganggap mererka mempunyai tanggungjawab menjaga keselamatan di sesuatu kawasan, itu adalah salah.

“Mereka percaya mereka ada kuasa di negeri yang mereka kuasai dan boleh ambil kuasa polis, ia adalah tidak wajar. Negara ini ada undang-undang dan jika mereka melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang, tentu tindakan perlu diambil.

“Ada pihak yang cuba membayanghkan bahawa polis suka menindas orang awam dan mereka akan tahu betapa amannya Malaysia jika mereka pergi ke negara lain di mana polis di negara itu bertindak sedemikian,” katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar milik Umno itu.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS