Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zunar tuntut ganti rugi dari The Star
Diterbitkan:  Sep 2, 2014 3:59 PM
Dikemaskini: 8:04 AM

Kartunis satira politik, Zunar menuntut The Star membayar ganti rugi kepadanya atas tindakan akhbar berbahasa Inggeris itu menyiarkan satu karyanya tanpa kebenaran, 22 Ogos lalu.

Gantirugi yang dituntut itu dalam jumlah :yang munasabah dan dipersetujui" olehnya

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque juga menuntut akhbar tersebut menerbitkan permohonan maaf dengan saiz, reka letak dan di halaman yang dipersetujuinya.

Katanya, beliau akan mengemukakan tuntutan di mahkamah sekiranya The Star tidak berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari.

"Saya juga ingin menegaskan bahawa tindakan saya ini bukan bermatlamatkan kewangan.

"Kes ini perlu dijadikan batu asas kepada perlindungan hakcipta karya seni bukan saja terhadap saya, tetapi juga untuk karya oleh penggiat seni yang lain di Malaysia di masa akan datang," kata Zunarnya dalam satu kenyataan.

Karya yang bertujuan untuk memberi penghormatan kepada mangsa nahas penerbangan MH17 itu mula-mula diterbitkan oleh Malaysiakini pada 18 Julai.

Karya tersebut didapati diterbitkan semula oleh The Star pada 22 Ogos lalu dengan memadamkan nama beliau.

Zunar mengemukakan tuntutan tersebut secara serahan tangan melalui peguamnya dari Tetuan RamRais and Partners.

Lihat Komen
ADS