Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan Mkini lucut kelayakan hakim didengar 3 Nov

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 3 November depan untuk mendengar permohonan Malaysiakini untuk melucutkan kelayakan Pesuruhjaya Kehakiman Kamaludin Md Said daripada mendengar saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap portal berita itu.

Pendengaran kes itu pada mulanya ditetapkan hari ini tetapi ia dijadualkan semula selepas peguam kepada Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun memohon penangguhan.

Peguam Malaysiakini Ashok Kandiah berkata Kamaludin menetap tarikh tersebut selepas bertemu dengan semua pihak dalam kamar.

Najib dan setiausaha kerja Umno menamakan Mkini Dotcom Sdn Bhd, pengendali lamanweb Malaysiakini, Ketua Pengarang Kumpulan Steven Gan dan Ketua Pengarang Fathi Aris Omar dalam tuntutan saman mereka.

Saman tersebut berkaitan dengan kemelut  politik di Terengganu.
 
Dua artikel itu ialah 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS