Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
VP PAS: Jangan campuri urusan dalaman kami
Diterbitkan:  Sep 5, 2014 7:00 PM
Dikemaskini: 3:26 PM

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat supaya tidak mencampuri urusan dalaman parti itu .

Bahkan, beliau turut menyeru rakan sekutu dalam Pakatan supaya menghormati sebarang pendirian yang dibuat parti Islam itu, lapor Harakahdaily .

"Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti-parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.

"Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormat," katanya seperti dilapor portal berita itu.

Walaupun tidak merujuk kepada sesiapa, kenyataan itu dibuat ketika penamaan calon menteri besar Selangor hangat dibincangkan.

PAS sebelum ini dilapor menghantar senarai tiga nama ADUNnya sebagai calon MB. Bagaimanapun itu kemudian digantikan dengan dua nama calon dari wakil rakyat rakyat PKR.

Bagaimanapun, senarai baru dikatakan tidak mengandungi nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timblannya Azmin Ali seperti yang diputuskan dalam mesyuarat 17 Ogos lalu.

"Mengapa PAS tidak mengikut ketetapan mesyuarat pimpinan pusat mereka pada 17 Ogos 2014 iaitu persetujuan hanya nama Dr Wan Azizah dan Azmin Ali?

"Di mana letaknya semangat Pakatan Rakyat?" tulis anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Hee Loy Sian.

Sementara itu Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad turut menuntut jawapan tentang perkara itu dari PAS dan meminta PAS menjelaskan sebab di sebalik penamaan calon MB dari PAS.

Jelasnya yang juga ADUN Seri Setia, ia melanggar ketetapan yang dipersetujui selama ini bahawa MB Selangor perlulah dari PKR.

Beliau turut mempersoalkan keengganan setiausaha agung PAS untuk mendedahkan nama-nama yang dihantar PAS kepada istana.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS