Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu MB: Nik Aziz rasa takut Sultan murka
Diterbitkan:  Sep 10, 2014 12:24 PM
Dikemaskini: 4:29 AM

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa takutnya selepas membaca laporan tentang kemurkaan Sultan Selangor terhadap PKR dan DAP berhubung isu calon MB.

Menurutnya, ia adalah satu amaran keras kepada PKR dan DAP yang engkar titah baginda dalam pencalonan menteri besar Selangor yang baru.

"Perkataan derhaka itu, saya rasa geligut (takut) dan tidak membacanya sehingga habis.

"Itu baru sahaja raja sumpah, apa kata kalau Allah sumpah," kata Nik Aziz seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Istana Selangor yang menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan nama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai "engkar", sedangkan baginda meminta lebih dua nama calon MB.

Bagaimanapun DAP dan PKR memohon ampun di atas tindakan mereka itu.

 

Mengulas pengumuman calon pilihan raya kecil Pengkalan Kubor yang akan dibuat BN hari ini, Nik Aziz berkata PAS bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja yang menjadi calon.

"Siapa sahaja calon kita tidak gentar," kata bekas menteri besar Kelantan itu.

Lihat Komen
ADS