Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perhimpunan bagi menyatakan setiakawan dengan pensyarah undang-undang Prof Madya Dr Azmi Sharom yang dituduh menghasut di mahkamah di Pulau Pinang hari ini kurang mendapat sambutan.

Hanya kumpulan kecil hadir dalam perhimpunan depan Universiti Sains Malaysia (USM) di Minden.

Kumpulan 20 orang itu diminta mengadakan perhimpunan itu di luar pagar universiti di Jalan Sungai Dua oleh ketua keselamatan universiti.

Dipimpin oleh Front Mahasiswa Progresif (SPF), mereka dilihat membawa plakad mengkritik Akta Hasutan 1948, termasuk yang berbunyi “Rosmah Mansuh Akta Hasutan”

Saintis politik Wong Chin Huat berkata, akta itu sebenarnya alat untuk menjajah minda rakyat.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS