Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesawat MAS ke India patah balik
Diterbitkan:  Sep 14, 2014 1:23 PM
Dikemaskini: 5:26 AM

Malaysia Airlines (MAS) menafikan khabar angin bahawa kebakaran menyebabkan pesawat MH198 ke Hyderabad, India semalam berpatah balik.

Dalam kenyataan hari ini, MAS berkata, ia terpaksa berpatah balik ekoran kecacatan pada sistem pandu autonya.

“Dakwaan yang disebarkan di media sosial bahawa terdapat kebakaran di pesawat itu tidak benar,” kata MAS.

“Kecacatan itu tidak memberikan sebarang kesan terhadap keselamatan pesawat atau penumpang, bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga, kapten bertugas memutuskan berpatah balik.”

Pesawat itu berlepas daripada Kuala Lumpur pada 10.20 malam dan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mendarat pada 2.01 pagi tanpa sebarang insiden.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS