Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menyingkirkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kumpulan ulama merupakan langkah terakhir yang akan diambil dalam muktamar PAS minggu ini, termasuk daripada pihak Erdogan.

Ini kerana kepimpinan ulama sudah meresap baik dalam parti dan cubaan menyingkirkan Hadi bermakna menentang suara akar umbi dan pasti akan ditolak.

“Walaupun kumpulan ulama diketuai Hadi cuba menyingkirkan kami, kami akan tunduk pada mereka – untuk masa ini – untuk kepentingan parti,” dedah seorang pemimpin PAS daripada kumpulan Erdogan, yang tidak mahu namanya disebut.

Akhir-akhir ini banyak berlaku peperangan terbuka antara pihak-pihak berbeza pendapat dalam PAS, terutamanya dalam kemelut sekitar pemilihan pengganti menteri besar Selangor.

Kumpulan ulama berhujah bahawa presiden mempunyai kuasa pemutus menentukan calon pilihan PAS dan kedudukan Majlis Syura mengatakan jawatankuasa pusat PAS. [Baca berita asal]

Tumpu ukhuwah dalam parti

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan, Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang akan berlangsung di Batu Pahat, selama tiga hari mulai Khamis ini akan menumpukan

aspek pengukuhan ukhuwah anggota parti itu.

Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan berkata perpaduan antara anggota amat penting sebagai kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dan pilihan raya umum, akan datang.

"Selain berkisar kepada ukhuwah, antara isu yang dijangka diketengahkan perwakilan adalah mengenai isu menteri besar Selangor dan ucapan dasar presiden parti.

"Isu kelemahan sistem peperiksaan sehingga menyebabkan kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), baru-baru ini juga dijangka akan dibangkitkan dalam muktamar kali ini kerana ia bersifat nasional demi kepentingan rakyat," beliau dipetik berkata ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bertemakan 'Terus Beristiqamah', muktamar yang julung kali diadakan di Johor itu akan dihadiri 1,200 perwakilan serta kira-kira 600 petugas dan pemerhati luar.

Lihat Komen
ADS