Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Umno perlu pemikiran baru, relevan dalam era IT'

Umno yang menjadi peneraju parti kerajaan memerlukan pemikiran baharu dan berani bertindak tegas supaya ia kekal relevan dalam era teknologi maklumat masa kini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Umno itu berkata pemimpin dan anggota parti perlu menyedari perubahan masyarakat kesan daripada ledakan teknologi maklumat di mana mereka kini lebih matang, lantang memberi pandangan dan mengetahui hak asasi dan demokrasi.

"Bagaimana nak jadikan Umno kekal relevan, terbenam di hati rakyat sebagai parti, walaupun dipelopori oleh orang Melayu tetapi mampu perjuangkan bangsa Malaysia. Kita (Umno) tidak boleh menggunakan corak pemikiran dan tindakan seperti dulu," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Lenggong di Maktab Rendah Sains Mara Gerik di Gerik, hari ini.

Beliau berkata pembangunan dan penyediaan kemudahan infrastruktur seperti yang dilakukan oleh Umno bukan penyelesaian mutlak dalam usah meraih sokongan rakyat.

"...ada banyak lagi yang kita perlu uruskan dalam soal urusan negara. Mesti ada keadilan, ketelusan, selari dengan tuntutan, hak asasi manusia dan pelbagai lagi. Walaupun kita telah sediakan dengan pelbagai kemudahan, namun itu bukan jawapan kepada mereka (untuk menyokong Umno)," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS