Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mayat bayi dijumpai di tapak pelupusan sampah
Diterbitkan:  Sep 15, 2014 4:30 PM
Dikemaskini: 8:48 AM

Mayat seorang bayi lelaki yang masih lagi bertali pusat dijumpai di tapak pelupusan sampah di Tanjung Merit, Mersing, hari ini.

    

Ketua Polis Daerah Mersing DSP Zulkepli Hashim berkata mayat bayi itu dijumpai pada jam 9.30 pagi tadi oleh seorang lelaki Orang Asli yang sedang mencari barangan lusuh di kawasan itu.

    

"Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berbungkus dengan surat khabar dan beg plastik," kata beliau ketika dihubungi di Johor Bahru hari ini.

    

Zulkepli tidak menolak kemungkinan mayat itu baru diletakkan di tapak pelupusan itu berdasarkan keadaannya yang masih elok.

    

Bagaimanapun, setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung penemuan itu.

    

Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

    

Orang ramai diminta menghubungi hotline polis Johor di talian 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai sebarang maklumat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS