Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lima universiti M'sia tersenarai 400 teratas
Diterbitkan:  Sep 16, 2014 9:56 AM
Dikemaskini: 2:04 AM

Lima universiti Malaysia tersenarai dalam kedudukan 400 teratas dalam ranking berprestij Universiti Dunia QS 2014.

                    

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor membuat lompatan terbesar - Lebih 60 anak tangga - untuk menduduki tempat ke-294 tahun ini.

Menurut kajian terbaru QS, tiga universiti Malaysia berada di kedudukan 300 teratas, didahului institusi pengajian tinggi tertua negara, Universiti Malaya (di tangga 151), diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia (259) dan UTM (294).

Dua lagi universiti Malaysia yang berada di kedudukan 400 teratas ialah Universiti Sains Malaysia (309) dan Universiti Putra Malaysia (376).

Kedudukan kesemua mereka meningkat berbanding kedudukan tahun lali di mana UM (167), UKM (269), UTM (355), USM (355) dan UPM (411-420).

Universiti Malaysia, bagaimanapun, masih ketinggalan jauh di belakang Universiti Nasional Singapura (24), Universiti Hong Kong (26), Universiti Kebangsaan Australia (27), Universiti Tokyo (32) dan Seoul University (35).

Universiti dinilai berdasarkan enam petunjuk yang antaranya reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar fakulti, fakulti antarabangsa, penunjuk kesan penyelidikan, dan 'citation' setiap fakulti.

Hanya USM yang merupakan universiti Malaysia yang telah menunjukkan peningkatan dalam semua enam penunjuk itu.

Sementara itu, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) terus tidak bergerak dengan ranking antara 501-550.

Sepuluh univerisiti terkemuka dunia tahun ini ialah:

1. Massachusetts Institute of Technology

2. Universiti Cambridge

3. Imperial College London

4. Universiti Harvard

5. Universiti Oxford

6. University College London

7. Universiti Stanford

8. California Institute of Technology

9. Universiti Princeton

10. Universiti Yale

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS