Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Teruskan menghasut', kata mangsa Akta Hasutan

Laungan berulang kali untuk "teruskan menghasut", jelas menunjukkan bantahan mereka yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

 

Pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) - sebuah gabungan menentang Hasutan Akta - menyaksikan penceramah dari kalangan aktivis hingga kepada ahli politik, secara berseloroh berkata rakyat harus "menghasut".

 

Majlis itu yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur malam tadi, bermula dengan tayangan video Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak berkata akta itu akan dimansuhkan.

Video itu disambut dengan laungan "boo" dan "pembohong".

MP Pandan Rafizi Ramli yang didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dituduh "memfitnah" dan "memprovokasi" Umno berkata, ia adalah lumrah untuk memprovokasi Umno.

"Ia adalah tugas kami untuk menaikkan kemarahan mereka, jika tidak, kami bukan pembangkang," kata pemimpin PKR itu.

 

Rafizi menambah, beliau akan "terus menghasut" dan tidak takut untuk berdepan dengan banyak lagi tuduhan.

 

Aktivis Hishamuddin Rais turut berkata beliau tidak takut dengan Akta tersebut, tetapi tidak suka sekiranya terpaksa menghadiri perbicaraan di mahkamah pada waktu pagi.

Justeru beliau mengakui sudah penat untuk dihadapkan ke mahkamah tetapi menamatkan ucapan beliau dengan ajakan "teruskan menghasut", disambut gelak ketawa dan sokongan hadirin.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS