Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RM200,000 untuk sekolah masyarakat Siam di K'tan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengagihkan dana berjumlah RM200,000 untuk 16 sekolah masyarakat Siam di seluruh Kelantan.

Beliau berkata, bantuan itu diberikan selepas  ia dihentikan pada tahun 2012.

Menurut Muhyiddin dana tersebut bertujuan bagi meningkatkan tahap pendidikan masyarakat Siam serta memberi sokongan terhadap kaum tersebut untuk terus mendalami bahasa ibunda mereka.

"Sebenarnya jika sesebuah sekolah mahukan bantuan seperti guru bahasa Siam, kita boleh sediakan supaya mereka boleh belajar. Tak jadi masalah untuk kita bantu kerana itu tanggungjawab saya.

"Saya tak mahu anak-anak kita tak ada pengetahuan, dan sebab tak ada ilmu mereka tak boleh maju dalam kehidupan. Ini akan menjadi masalah kepada negara," katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis ramah mesra bersama masyarakat Siam di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar, Pengkalan Kubor, Kelantan hari ini.

Selain itu, Muhyiddin berkata, kerajaan juga komited dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat Siam bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dari segi pendidikan.

Sementara itu Pengerusi Sekolah Bahasa Siam Phon Eh Ghee berkata beliau berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyalurkan dana tersebut.

Menurutnya, perkara itu menjadi satu peristiwa bersejarah apabila timbalan perdana menteri meluluskan dana tersebut.

"Ini adalah satu peristiwa bersejarah apabila timbalan perdana menteri sudi hadir di Wat kami dan meluluskan dana berjumlah RM200  ribu kepada kami.

"Dana ini akan kami gunakan untuk mempelajari bahasa ibunda di 16 sekolah Siam yang melibatkan 70 orang sukarelawan dan 800 orang pelajar siam", katanya.

Lihat Komen
ADS