Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA gesa Umno bentuk JK rizab Melayu
Diterbitkan:  Sep 17, 2014 3:00 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

NGO pendesak Melayu PERKASA menggesa agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Umno dan Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera untuk mengekalkan peratus tanah rizab Melayu.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali membuat gesaan itu seabagai maklum balas kepada laporan akhbar Utusan Malaysia tentang perkara itu, hari ini.

"PERKASA desak Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera tubuh jawatankuasa khas bagi mengambil tindakan memastikan rizab Melayu yang belum diganti diselesaikan segera.

"Majlis Tertinggi Umno juga patut tubuh jawatankuasa khas mengenai tanah rizab Melayu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Utusan dalam siri pertama laporan khas tentang tanah rizab Melayu memetik pensyarah UiTM, Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak yang mendakwa tanah rizab Melayu hanya tinggal 12 peratus sahaja.

Ia didakwa bertentangan dengan wasiat raja-raja Melayu selepas merdeka yang menetapkan nisbah pemilikan rizab Melayu kepada 50 peratus.

Penyusutan itu dakwa Hasrol berlaku dalam masa 57 tahun selepas negara merdeka.

Nisbah 50 peratus

Wasiat itu disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Perkara kedua dalam wasiat itu menyebut:

“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”.

Bercakap lanjut, Ibrahim mendakwa ia adalah satu kesalahan jenayah jika tanah rizab yang bertukar milik kepada bukan Melayu itu tidak diganti semula.

"Menjadi kesalahan jenayah jika tanah rizab Melayu tidak diganti mengikut kehendak undang-undang," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurutnya lagi, perkara itu juga telah dibangkitkannya sewaktu beliau menjadi anggota Parlimen.

Ia juga pernah dibangkitkan pada mesyuarat agung tahunan PERKASA sebelum ini, katanya lagi.

Lihat Komen
ADS