Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'PAS tanding P Kubor, serang PKR dan Anwar'
Diterbitkan:  Sep 18, 2014 2:28 PM
Dikemaskini: 6:34 AM

MP PKR Sin Tze Tzin menyelar para pemimpin PAS yang menyerang parti serta ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sanggup menggelarkan golongan yang pro-Pakatan Rakyat sebagai “pengkhianat”.

Dalam siri tulisannya di Twitter, MP Bayan Baru itu mensasarkan sayap Pemuda PAS dan Dewan Ulama.

Menurutnya, golongan itu boleh menang "pertarungan dalaman PAS tetapi mereka bakal kalah dalam perang pilihan raya umum akan datang".

Beliau seterusnya mempersoalkan mengapa golongan dalam PAS sanggup menyokong usaha untuk mengadakan kerjasama dengan Umno.

"Sokong Pakatan dipanggil pengkhianat, sokong UG (kerajaan perpaduan dengan) Umno dipertahankan. Apa cerita ulama PAS?" tulisnya.

Sim juga mengungkit bahawa PKR memberikan kerusi DUN Pengkalan Kubor untuk ditandingi PAS.

“(Tetapi) mereka berterima kasih kepada kita dengan menyerang PKR dan Anwar Ibrahim,” katanya yang turut menujukan tulisan tersebut kepada Anwar di Twitter.

Tulisan tersebut yang turut menyebut nama Anwar dibalas oleh ketua pembangkang tersebut dengan sepatah perkataan nasihat, "sabar".

Kenyataan tersebut timbul susulan keputusan Dewan Ulama PAS semalam memutuskan untuk mengenakan tindakan terhadap dua ADUN PAS Selangor yang menyokong Datuk Seri Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Kritikan Sim ke atas Pemuda Umno pula susulan ucapan wakil sayap tersebut, Norazaliza Mohd Alawi, yang mendakwa Anwar tidak mendapatkan kesepakatan dari Pakatan Rakyat apabila melaksanakan 'Langkah Kajang'.

Norazaliza mendakwa, Anwar tidak pernah berbincang tentang idea untuk melantik seorang timbalan perdana menteri bukan Islam jika Pakatan memerintah.

Dalam tulisan seterusnya, Sim turut mempersoalkan jika PAS sebenarnya sedang berjuang melawan Umno atau Pakatan Rakyat.

"Nak tanya sikit, PAS lawan Umno atau Pakatan Rakyat? Pengkalan Kubor, PAS lawan Umno. Muktamar PAS, PAS lawan Pakatan. Mohon pencerahan para ulama (PAS)" tulis Sim lagi.

Lihat Komen
ADS