Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dana disyaki untuk pengganas dihantar ke M'sia
Diterbitkan:  Sep 18, 2014 3:21 PM
Dikemaskini: 9:02 AM

Seorang individu di Malaysia dikaitkan dengan wang disyaki pihak berkuasa Australia untuk mendanai aktiviti keganasan, lapor harian The Australian hari ini.

Sejumlah RM110,000 dilapor dipindahkan ke Malaysia.

Ia dikatakan antara RM26 juta yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa negara itu.

Pihak berkuasa Australia mengesyaki wang itu digunakan untuk mendanai rakyat negaranya yang mengangkat senjata bersama kumpulan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.

Wang RM26 juta itu dikatakan “dana hilang” daripada syarikat kiriman wang Australia yang dilapor mempunyai hubungan dengan pengganas Khaled Sharrouf.

Khaled warganegara Australia dan kini sedang berjuang bersama IS di Syria.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS