Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Waythamoorthy: Abang saya patut dibebaskan
Diterbitkan:  Sep 18, 2014 3:49 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Ketua Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy hari ini berkata, abangnya Uthayakumar sepatutnya dibebaskan daripada tuduhan menghasut oleh Mahkamah Rayuan.

Waythamoorthy, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau kecewa dengan keputusan mahkamah yang hanya mengurangkan hukuman.

“Uthayakumar patut dibebaskan, sebaliknya hukuman sahaja dikurangkan,” katanya.

Waythamoorthy mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pada hari yang sama Uthayakumar dipenjarakan selepas enggan merayu terhadap hukumannya bawah Akta Hasutan.

Uthayakumar didapati bersalah selepas menulis surat kepada Perdana Menteri British Gordon Brown pada 2007 di tengah-tengah kebangkitan gerakan Hindraf.

Waythamoorthy berkata, kerajaan Malaysia patut menyiasat dakwaan Uthayakumar bahawa kerajaan mengamalkan “pembersihan etnik” India.

Mahkamah Rayuan semalam menolak permohonan Uthayakumar untuk mengetepikan sabitan kes hasutannya.

Mahkamah bagaimanapun mengurangkan hukumannya penjaranya daripada 30 kepada 24 bulan.

Peguamnya berkata, selepas hukuman diringankan, Uthayakumar akan dibebaskan pada 3 Oktober.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS