Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi memberi jaminan bahawa ceramah PAS dalam kempen pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor sekiranya ia mematuhi peraturan.

Malah, ceramah dari parti mana sekalipun tidak akan diganggu sekiranya ia mematuhi garis panduan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), katanya.

"Setakat tengah hari tadi, BN telah ada 21 ceramah, manakala PAS ada 15 ceramah dan Bebas tidak ada ceramah.

“Saya tak dapat sebarang laporan yang adanya gangguan terhadap ceramah yang dibuat oleh mana-mana individu jika mematuhi peraturan yang ditetapkan mengikut garis panduan SPR,” katanya.

Beliau ditanya mengenai langkah PAS menyembunyikan lokasi ceramah perdana mereka pada 23 September bagi mengelakkan BN turut mengadakan ceramah bersebelahan lokasi itu.

Mengulas perkara itu, Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, PAS sepatutnya tidak membuat ceramah di lokasi bersebelahan ceramah BN.

"Kita nasihatkan mereka supaya jangan buat ceramah sebelah-menyebelah," katanya  pada sidang media selepas melawat Balai Polis Pengkalan Kubor hari ini.

Lihat Komen
ADS