Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jangan kata saya kawal Najib, gurau Rosmah
Diterbitkan:  Sep 18, 2014 7:12 PM
Dikemaskini: 11:27 PM

Khuatir berhubung cakap-cakap negatif terhadapnya, isteri perdana menteri Rosmah Mansor memutuskan tidak berkongsi pandangannya berhubung pentadbiran negara ini dengan suaminya.

Bercakap ketika melancarkan buku Guide to Malaysia di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, beliau kini hanya berkongsi pandangan dengan rakan-rakan.

“Kadang-kadang saya beritahu rakan-rakan saya, saya tidak akan beritahu suami saya, (kerana nanti) kamu semua akan cakap: 'Ah, Rosmah kawal Najib'.

“Saya mungkin cakap perkara yang benar, tetapi apabila isteri bercakap kepada suaminya, dan mungkin suaminya kata, 'Oh, kamu betul, Rosmah' dan mereka akan kata, 'Ah, Rosmah kawal Najib'.

“Jadi sekarang saya hanya cakap kepada kawan-kawan saya... jadi lepas ini, jangan cakap saya kawal Najib,” katanya sambil ketawa.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS