Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jurukamera dakwa dikasari ketika liput kes mahkamah
Diterbitkan:  Sep 23, 2014 12:11 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Seorang jurukamera bebas mendakwa dikasari seorang pegawai kastam ketika membuat liputan di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

 

Lutin Ahmad, 39, mendakwa diserang seorang lelaki yang mengiringi lima pegawai kanan kastam yang didakwa menerima rasuah untuk membenarkan penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang.

 

Lelaki itu cuba menghalang pihak media membuat rakaman tertuduh, apabila dia tiba-tiba menyerang Lutin (kiri), lapor Malaysia Gazzette.

 

Lutin, yang bekerja sambilan dengan RTM, mendakwa lelaki itu cuba mengkasarinya buat kali kedua apabila dia mendekati lima pegawai itu dengan kamera, tetapi dihalang oleh media lain di tempat kejadian.

 

"Saya hanya menjalankan tugas saya," kata Lutin.

 

Ini adalah kejadian kedua petugas media dilaporkan dikasari ketika membuat liputan kes mahkamah tahun ini.

 

Julai lalu, dua adik-beradik mengaku bersalah mengkasari seorang jurugambar Utusan Malaysia di mahkamah Kota Baru.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS