Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri besar Selangor yang baru, Azmin Ali menjangkakan bahawa barisan ahli Exco baru Selangor akan mengangkat sumpah seawal Jumaat ini.

ADUN Bukit Antarabangsa itu berkata beliau akan mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan wakil Pakatan Rakyat petang ini bagi membincangkan hal itu.

Katanya, butiran dari pertemuan tersebut dijangka akan dapat diselesaikan pada hari Khamis.

"Kita akan mengadakan perbincangan pada petang ini untuk melihat komposisi exco Pakatan Rakyat dan tuanku menitahkan supaya perkara ini dapat diselesaikan segera dan insya-Allah pada hari Jumaat akan ada istiadat angkat sumpah Exco yang baru dari Selangor," kata.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Azmin juga berkata, nasib empat Exco PAS yang kekal dalam kerajaan Pakatan Rakyat sebelum pelantikannya semalam akan ditentukan dalam perbincangan petang ini.

MP Gombak itu juga berkata, beliau akan menyemak semula keputusan mesyuarat Exco terakhir semalam yang menutup pejabat penasihat ekonomi Selangor semalam dan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan itu.

Sementara itu, Azmin dalam sidang media di kediaman ibunya memaklumkan wartawan bahawa isu mengenai jawatan timbalan menteri besar masih belum lagi setakat ini.

"Tidak," jawab beliau ringkas sewaktu ditanya sama ada pelantikan timbalan menteri besar ada ditimbulkan setakat ini.

Lihat Komen
ADS