Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar akan disiasat berkaitan dakwaan hasutan
Diterbitkan:  Sep 23, 2014 5:54 PM
Dikemaskini: 11:26 PM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan yang terbaru akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya tiga tahun lalu.

Menurut penasihat undang-undang PKR, Latheefa Koya, ia berhubung

ucapan Anwar di satu perhimpunan politik di Gombak pada 2011.

Menteri Besar Selangor yang baru dilantik, Azmin Ali juga telah disiasat berhubung isu yang sama.

"Kenyataan Azmin telah pun diambil pada tahun 2011, tetapi nampaknya seperti mereka (polis dan pihak berkuasa) membuka semula kes ini," katanya.

Latheefa berkata Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, dijadualkan memberi kenyataan pada petang Jumaat di Ibu Pejabat PKR.

Peguam yang juga Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran, yang turut berdepan dengan dua tuduhan hasutan, akan menemani Anwar dalam rakaman kenyataannya.

Kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen Akta Hasutan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS