Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakar: Baginda Queen pun tak boleh pilih PM
Diterbitkan:  Sep 24, 2014 4:18 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Pihak istana, walaupun Queen Elizabeth II, tidak mempunyai kuasa untuk memilih perdana menteri bawah sistem parlimen Westminster, kata peguam kanan Tommy Thomas.

Beliau mengambil contoh kemelut politik British pada 1990 dan 1991 apabila Parti Konservatif mahu menyingkirkan Margaret Thatcher dan melantik John Major bagi menggantikannya.

Dalam kes itu, katanya, istana tidak campur tangan dan melantik Major sebagai perdana menteri seterusnya.

“Adakah Queen Elizabeth, sebagai raja berperlembagaan, mempunyai pilihan dan berkata 'Saya tak suka Major ( kiri ) dan tidak mahu beliau jadi PM' dan 'Saya lebih suka (Michael) Hasseltine pimpin Parti Konservatif'?

“Baginda raja berperlembagaan, baginda tidak mempunyai suara dalam pemilihan pemimpin Parti Konservatif,” katanya dalam sebuah persidangan hari ini.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS