Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tanpa menyebut nama PKR dan DAP, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "orang lain" yang menyebabkan Sultan Selangor kelihatan seolah-olah telah melangkaui peranannya dalam kemelut menteri besar.

"Ya, baginda kelihatan seolah-olah telah melangkaui (garisan), tetapi orang lain yang menyebabkan ini berlaku," katanya.

Katanya, jika mereka membuat penamaan yang betul (untuk calon MB), dengan satu nama yang mendapatkan sokongan semua orang atau sokongan majoriti, maka baginda mesti menerimanya.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika ditanya sama ada ada yang harus membimbangkan apabila sultan memilih calonnya sendiri untuk jawatan itu.

Walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang merupakan calon tunggal PKR dan DAP untuk jawatan itu, mendapat sokongan 30 daripada 56 ADUN, PAS bagaimanapun berbelah-bagi dalam hal tersebut.

Mengenai menteri besar baru, Dr Mahathir berkata, Azmin Ali akan menjadi "MB yang kurang dikawal dari jauh", berbanding dengan Wan Azizah yang merupakan isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya apakah nasihatnya kepada Azmin, Dr Mahathir menasihat menteri besar baru itu supaya tidak dipengaruhi orang lain.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS