Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita PKR tuntut Hadi minta maaf
Diterbitkan:  Sep 25, 2014 10:35 AM
Dikemaskini: 4:41 AM

Seperti kata pepatah rumah siap pahat berbunyi, begitulah yang berlaku dalam 'rumah tangga' Pakatan Rakyat, terutamanya antara PKR dan PAS.

Walaupun kemelut sekitar pemilihan menteri besar baru Selangor dianggap selesai dengan pemilihan Azmin Ali oleh pihak istana, Wanita PKR terus mengasak PAS dalam isu berkaitan.

Wanita PKR menuntut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memohon maaf kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, langkah yang dilihat bakal memburukkan lagi hubungan kedua-dua parti.

Ketuanya Zuraida Kamaruddin berkata, langkah itu mesti dilakukan “demi kasih sayang anggota PAS dan perpaduan sesama anggota Pakatan Rakyat”.

“Walaupun Haji Hadi mengeluarkan kenyataan yang mengguris Datuk Seri Wan Azizah, perkara itu sudah berlaku dan kita patut bergerak bersama dan bergerak ke masa depan sekali lagi.

“Kami harap Haji Hadi akan memohon maaf terhadap segala dakwaan yang tidak enak didengar oleh presiden kami,” katanya.

Hadi sebelum ini berkata beliau tidak menyokong pencalonan Azizah sebagai menteri besar, bukan kerana faktor jantina tetapi masalah kebolehan.

Azizah sendiri mengaku terguris tetapi tidak berasa marah dan mendoakan kesihatan Hadi serta menyeru anggota partinya tidak menyerang balas pemimpin parti Islam itu.

Lihat Komen
ADS