Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia antara negara terburuk untuk transgender

Malaysia antara negara terburuk untuk didiami golongan transgender, menurut NGO antarabangsa Human Rights Watch (HRW) hari ini.

Pengarah Advokasi Lesbian, Gay, Biseksyal dan Transgender HRW Boris Dittrich mendedahkan perkara itu sempena pengeluaran laporan 73 halaman berjudul “Saya takut untuk menjadi wanita” di Kuala Lumpur.

Dittrich berkata, pasukannya terkejut dengan dapatan hasil wawancara dijalankan dengan aktivis dan individu transgender di negara ini.

“Hampir tiap hari, golongan transgender menghadapi risiko ditangkap,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel terkemuka.

Menjawab soalan, Dittrich berkata Malaysia antara negara terburuk untuk golongan itu, berbanding negara umat Islam lain.

“Serbuan oleh polis dan pegawai jabatan agama Islam berlaku berterusan,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS