Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
20 hari dalam lokap, Ali ditahan kali keempat

Selepas 20 hari meringkuk dalam lokap di seluruh negara kerana pelbagai kesalahan bawah Akta Hasutan, hasrat untuk bebas masih jauh buat aktivis Ali Abd Jalil apabila beliau ditahan polis buat kali keempat hari ini.

Peguam Ali, New Sin Yew berkata anak guamnya itu sepatutnya bebas pada 12.30 tengah hari ini selepas polis hanya berjaya mendapat perintah reman selama satu hari semalam sekalipun memohon tiga hari.

Menurut Sin Yew, Ali dibawa oleh polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 9 pagi untuk dibebaskan bagaimanapun beliau ditahan semula dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Nusajaya, di Johor.

Ketika dihubungi Malaysiakini , pengamal undang-undang itu berkata polis terus membuat permohonan reman dan mereka diberikan tempoh selama tiga hari.

Ali sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang sebelum ditahan semula dan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menghina Raja bawah Akta Hasutan.

Beliau kemudian ditahan sekali lagi dan di bawa ke IPD Johor Bahru Selatan berkaitan satu lagi tuduhan menghasut.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS