Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Lima belas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini menandatangani petisyen menuntut penamatan khidmat ahli PAS, Iszuree Ibrahim sebagai ahli MPPP.

Ahli MPPP, Harvinder Singh, yang mengetuai kumpulan itu, berkata tuntutan itu dibuat ekoran tindakan Iszuree yang didakwa membuat dakwaan palsu mengenai kerajaan negeri.

Harvinder berkata kini terpulang kepada kerajaan negeri, yang melantik ahli majlis, untuk bertindak sewajarnya.

Beliau berkata Iszuree kekal sebagai ahli majlis itu walaupun dia telah dilarang menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa kecil dan peruntukan belanjawannya telah dibekukan.

Harvinder berkata, adalah lebih baik jika Iszuree meneruskan agenda

politiknya di tempat lain dan bukan sebagai seorang ahli MPPP.

Bercakap dalam sidang akhbar di Komtar hari ini, Harvinder berkata pihaknya berharap khidmat Iszuree (kiri) akan ditamatkan dan jawatan diberikan kepada wakil PAS yang lain.

Kumpulan itu marah dengan ucapan Iszuree di muktamar PAS di Johor baru-baru ini di mana beliau menyamakan kerajaan Pulau Pinang dengan BN.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS