Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis Ali akhirnya dibebaskan di Nusajaya
Diterbitkan:  Sep 29, 2014 5:19 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Selepas berulang kali dilepaskan dan ditangkap semula, aktivis Ali Abd Jalil akhirnya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Peguamnya New Sin Yew memberitahu Malaysiakini bahawa Ali telah dibebaskan dari ibu pejabat polis daerah Nusajaya pada jam 3.40 petang ini, selepas menerima pengesahan daripada pihak polis pada kira-kira jam 1 tengahari bahawa penahanannya tidak akan dilanjutkan.

"Dia nampak bersemangat. Malah pihak polis membawanya ke hospital sebelum dibebaskan untuk memastikan dia dalam keadaan baik," kata New, sambil menambah bahawa Ali kelihatan dalam keadaan sihat.

Ali berada dalam tahanan selama 22 hari berturut-turut sejak 8 September, apabila dia dibebas dan ditangkap semula sebanyak empat kali untuk menghadapi pelbagai tuduhan atau siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS