Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bandar Kajang dilanda banjir kilat
Diterbitkan:  Sep 29, 2014 7:36 PM
Dikemaskini: 11:45 AM

Hujan lebat selama kira-kira dua jam menyebabkan banjir kilat di bandar Kajang petang tadi.

Hujan lebat mengakibatkan air Sungai Kajang dan Sungai Jelok melimpah ke jalan sehingga menyebabkan air naik sedalam 0.2 meter.

Pengguna media sosial memuatnaik gambar-gambar yang menunjukkan kawasan di sekitar bandar itu, jalan pasar Kajang dan kawasan perniagaan sekitarnya.

Sementara itu di Bukit Jelutong Shah Alam, angin kencang yang mengiringi hujan lebat dan ribut petir kira-kira jam 2 petang mengakibatkan beberapa batang pokok tumbang menghalang jalan utama.

Bomba terpaksa dipanggil untuk memotong pokok yang tumbang dan membersihkan laluan selepas hujan reda hampir tiga jam kemudian.

Sebuah kenderaan dilaporkan rosak teruk apabila bumbung sebuah bangunan di Taman Tun Dr Ismail Jaya, Shah Alam roboh dan menimpa sebuah kenderaan yang di parkir.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini.

Lihat Komen
ADS