Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Portfolio Exco baru Selangor diumum esok
Diterbitkan:  Sep 30, 2014 8:38 AM
Dikemaskini: 12:42 AM

Portfolio bagi 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang baru dilantik diumumkan esok, kata Menteri Besar Azmin Ali.

   

Katanya, portfolio itu akan ditentukan setelah mengambil kira kemampuan dankepakaran setiap Exco, agar tanggungjawab yang diberikan dapat dijalankan dengan berkesan.

   

"Portfolio itu akan diberikan Rabu ini dan kami juga mahu memastikan anggota Exco akan berkhidmat dengan lebih cekap dan berkesan," katanya.

    

Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat

Pengurniaan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Ulang tahun Hari Keputeraan ke-68 Sultan Selangor Tahun 2013 semalam.

    

Dalam komposisi barisan exco yang diumum Azmin Jumaat lepas, PKR mendapat empat jawatan Exco manakala PAS dan DAP, masing-masing tiga.

    

Tujuh anggota Exco yang dilantik merupakan mereka yang telah berkhidmat di bawah pentadbiran bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS