Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemuda MIC menyerahkan RM70,690 yang dikutipnya daripada orang ramai bagi membantu seorang kanak-kanak yang menderita gangguan kelemahan otot kaki ( duchenne muscular dystrophy ).

Setiausahanya Arvind Krishnan menyerahkan bantuan itu kepada bapa Tanasegaran Benjamin di ibu pejabat pergerakan itu di Kuala Lumpur semalam.

Kempen kutipan derma yang bermula 26 Ogos yang lalu itu bertujuan untuk membantu Tanasegaran menjalani pembedahan di sebuah hospital di Chenai India yang memerlukan kos RM70,000.

Tanasegaran, 9, dan ibu bapanya dijadual berlepas ke India hari ini untuk menjalani pembedahan tersebut.

“Saudara-mara sendiri pun tiada yang mahu membantu kami, jadi saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda MIC pada Ogos lalu untuk bercerita tentang masalah ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sumbangan yang diberikan,” kata bapa kanak-kanak itu, Benjamin Thomas.

Tanasegaran menjalani pembedahan pintasan jantung pada tahun 2006 dan 2007 ketika berumur 3 tahun.

Pada tahun 2014 beliau mengalami sakit di bahagian kaki dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Kuala Lumpur.

Kemudian beliau disahkan menghidap duchenne muscular dystrophy . Keluarganya memutuskan mencuba perubatan alternatif ayurveda di India.


NADIA OTHMAN wartawan pelatih di Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS