Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri besar Selangor yang baru Azmin Ali mengesahkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah dipecat dari jawatan penasihat ekonomi Selangor.

Sebaliknya keputusan mesyuarat exco terakhir yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim hanya menutup pejabat penasihat ekonomi Selangor dan tidak timbul soal memecatnya.

"Itu bukan isunya di sini. Bila kita teliti minit mesyuarat 22 September itu.

“Apa yang dibuat adalah keputusan tutup pejabat penasihat ekonomi," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco pertama beliau hari ini.

Beliau berkata, exco kini sedang mengkaji semula peranan penasihat ekonomi Selangor dalam membantu pembangunan negeri dan akan membuat keputusan untuk membuka semula pejabatnya kelak.

"Sekarang kita bincang semula peranan penasihat ekonomi untuk bantu Selangor," kata beliau

Sementara itu, Azmin turut berjanji untuk mengkaji semula semua projek lebuh raya yang melibatkan kerajaan Selangor.

Lihat Komen
ADS