Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis dan peguam negara perlu menangguhkan penggunaan selanjutnya Akta Hasutan 1948 sehingga perkara berkaitan perlembagaan diselesaikan di Mahkamah Tinggi, kata NGO Gerakan Mansuh Akta Hasutan (GHAH).

Ini berikutan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam untuk membenarkan pensyarah undang-undang Azmi Sharom mencabar kesahan tuduhan hasutan terhadapnya di Mahkamah Tinggi.

"Berikutan keputusan mahkamah ini, kami menyeru polis dan peguam megara untuk mengenakan moratorium (penangguhan sehingga persetujuan bersama) segera terhadap penggunaan Akta Hasutan terhadap kes-kes baru atau berhenti mengikuti kes-kes yang sedia ada sehingga kesahan perlembagaan mengenai Akta Hasutan ditentukan oleh badan kehakiman," kata jurucakap GHAH Yap Swee Seng.

Azmi antara ahli politik dan aktivis yang kini berdepan dengan tuduhan bawah akta yang diperkenalkan pada 1948.

Sementara beberapa individu lagi termasuk pakar perlembagaan dan profesor undang-undang Dr Abdul Aziz Bari turut disiasat bawah undang-undang itu.

Pelbagai pihak membantah tindakan itu termasuk PAS yang meluluskan usul dalam muktamarnya mendesak supaya kerajaan segera memansuhkan akta yang dianggap menodai kebebasan memberi pandangan dan pendapat.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS