Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri akan memohon kepada kerajaan persekutuan bagi membolehkan perjanjian penstrukturan air didedahkan kepada umum.

Azmin ( kiri ) berkata, perjanjian itu terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Kita masih tak dapat lagi salinan perjanjian (penstrukturan air). Dan kita akan tulis surat kepada kementerian supaya jadikannya sebagai satu dokumen awam dan benarkan kita untuk dedahkan kepada rakyat. Tetapi masalahnya perjanjian itu tertakluk kepada OSA.

"Pegawai saya kena bantu saya kemukakan hujah ini. Seminggu ini kita akan hantar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas beliau menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di bangunan SUK, Shah Alam.

Perjanjian induk bagi mengambil alih mengambil alih perkhidmatan bekalan air Selangor ditandatangani oleh menteri besar sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili kerajaan persekutuan.

Perjanjian berkenaan adalah lanjutan kepada perjanjian persefahaman yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Februari lalu berkaitan pembinaan loji rawatan di Hulu Langat Selangor.

Tiga syarikat konsesi bersetuju dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65 bilion oleh kerajaan Selangor.

Satu lagi firma, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) menolak tawaran tersebut.

Beberapa pimpinan PKR sebelum ini mempersoalkan mengapa Khalid hanya menawarkan RM250 juta untuk mengambil alih syarikat yang didakwa mereka bernilai RM 2.5 bilion itu.

Pegangan dalam Splash dimiliki oleh Gamuda (40 peratus) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (30 peratus).

Lihat Komen
ADS