Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pimpinan PAS Pulau Pinang kesal dengan masalah salah faham yang timbul selepas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mereka Iszuree Ibrahim ( bawah ) didakwa mengkritik polisi setinggan kerajaan negeri.

PAS Pulau Pinang dan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertemu 2 Oktober lalu membincangkan tindakan membekukan Iszuree dari menganggotai sebarang jawatankuasa MPPP.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau menyerahkan pada PAS untuk membincangkan hal itu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa berkata PAS mengendalikan kes itu dengan berhati-hati dan bakal mempertimbangkan semua perspektif termasuk menjaga kesatuan antara parti itu dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.

"Kami juga mengakui sebahagian ucapan Iszuree itu mungkin boleh menimbulkan salah faham, walaupun niat beliau baik," kata Mujahid dalam satu sidang media hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS