Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa syukur apabila bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang hilang pada pagi Ahad ditemui dengan semua tujuh kru kapalnya selamat.

"Alhamdulillah. Berkat doa semua," kata beliau menerusi akaun twitternya hari ini yang mengulas tentang pautan Twitter Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengenai penemuan tersebut.

Abdul Aziz yang menggunakan akaun @ChiefofNavy pada petang semalam mengemaskini status "Bot CB204: Bot & semua crew selamat. Komander Bot memaklumkan melalui radio VHF Ch 16."

Kemaskini akaun @ChiefofNavy turut menyatakan bahawa komander bot itu Leftenan Azri Bakar

Lihat Komen
ADS