Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anggota parlimen Seputeh daripada DAP Teresa Kok menepis dakwaan beliau bertujuan menghina PAS dengan hadir ke pesta arak Oktoberfest yang ditentang parti Islam itu.

Kok yang hadir dalam pesta di Petaling Jaya pada Jumaat mengulas laporan Mingguan Malaysia ( Utusan Malaysia versi Ahad) yang menyebut mereka, selain PKR, tidak hormat pada pendirian PAS dengan hadir ke acara itu.

“Saya tidak hina sesiapa... Ia aktiviti peribadi.

“Ia acara bukan Islam dan tiada kena mengena dengan kepercayaan atau agama lain.

“Kenapa Utusan campur tangan dengan program yang saya hadir,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur selepas sidang media berkaitan Akta Hasutan 1948 hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS