Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, walaupun berlaku letupan bom di Kuala Lumpur dan wujud penglibatan rakyat Malaysia dalam kumpulan Negara Islam (IS), tidak bermakna Malaysia berisiko untuk kejadian terorisme.

Beliau berkata, ini kerana polis sentiasa memantau teliti setiap pergerakan rakyat Malaysia yang terlibat dalam mana-mana kumpulan militan sama ada dalam negara mahupun di Syria atau Iraq.

"Sepertimana kita ketahui, tindakan penahanan telah pun diambil. Bererti kita amat serius dalam hal ini.

"Dan kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan secara berterusan. Dan dengan pemantauan yang rapi ini, kita mesti bersikap sentiasa berhati hati dalam hal ini.

"Ini bukan bererti risiko terhadap sesuatu kejadian terorisme adalah tinggi di Malaysia. Tidak. Tetapi kita mesti berwaspada dan memantau secara berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang ini.

Lihat Komen
ADS