Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Tiada lagi alasan cukai tinggi kereta
Diterbitkan:  Oct 15, 2014 12:53 PM
Dikemaskini: 7:13 AM

PKR hari ini mengulangi gesaan mereka tidak lama dahulu agar duti eksais ke atas kereta dihapus secara berperingkat.

Gesaan itu dibuat memandangkan harga petrol telah meningkat dua kali sebanyak 40 sen seliter dalam masa setahun, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi ( kanan ) lagi, rakyat kini membayar empat jenis cukai dengan jumlah keseluruhan RM17.3 bilion berbanding hanya RM13.7 bilion yang dibayar kerajaan dalam bentuk subsidi.

Menurutnya, rakyat membayar empat jenis cukai iaitu (cukai eksais (RM8 bilion), cukai jualan (RM4.5 bilion), duti import (RM1.1 bilion) dan lesen kenderaan (RM2.4 bilion).

"Kami yakin BN tiada lagi alasan untuk mengenakan cukai yang sebegitu tinggi ke atas pemilikan kereta yang merupakan punca utama hutang buat rakyat," katanya dalam sidang media di ruang legar Dewan Rakyat.

PKR sebelum ini pernah melancarkan kempen menurunkan harga kereta kira-kira beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 2013.

Lihat Komen
ADS