Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Gerakan menggantung keahlian seorang anggotanya daripada Johor Tan Lai Soon ekoran kenyataannya yang menggelar Melayu juga “pendatang”.

Surat tunjuk sebab juga dikeluarkan kepada Lai Soon untuk dijawab dalam tempoh 14 hari.

Lai Soon digesa menjelaskan kenapa beliau tidak patut dipecat ekoran kenyataannya dalam mesyuarat agung tahunan Gerakan di Shah Alam semalam.

“Bagi pihak parti, kami memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang tersinggung dengan kenyataan itu,” kata Timbalan Presiden Cheah Soon Hai ( kanan ) dalam sidang media di ibu pejabat parti.

Sehingga semalam, 14 aduan dibuat terhadap Lai Soon ekorannya kenyataannya, kata Soon Hai.

Lai Soon semalam mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak menggunakan kenyataan “pendatang” kepada bangsa lain kerana Melayu juga pendatang di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Datuk Mah Siew Keong dalam perhimpunan tahunan Gerakan di Shah Alam.

Kumpulan pertubuhan Melayu hari ini berang dengan kenyataan Lai Soon dan mahu beliau dipecat.

The R akyat Post bagaimanapun Lai Soon sebagai meminta maaf atas kenyataannya semalam.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS