Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tan Sri Ismail Hussein meninggal dunia
Diterbitkan:  Oct 21, 2014 8:42 AM
Dikemaskini: 8:25 AM

Mantan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) Tan Sri Ismail Hussein meninggal dunia kira-kira jam 9.36 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, dipercayai akibat sakit tua.

    

Ismail berusia 82 tahun, meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rugayah Abdul Rashid dan empat anak - dua lelaki dan dua perempuan.   

    

Ketua Satu Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar berkata Ismail merupakan seorang tokoh di bidang kesusasteraan Melayu di negara ini.  

    

"Sepanjang mengenali Allahyarham, beliau merupakan seorang yang lemah lembut dan selalu menghulurkan pertolongan kepada orang lain.

    

"Manakala dari sudut kepimpinan, beliau adalah seorang pemimpin yang berjaya membawa Gapena sehingga terkenal dalam memperjuangkan bidang kesusasteraan dan budaya Melayu di negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur.

    

Allahyarham yang juga mantan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dilahirkan pada 30 Jan 1932 di Kampung Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah dan menerajui Gapena bermula 1971 hingga 2013.

    

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 12.10 tengahari ini.

 

- Bernama

Lihat Komen
ADS