Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengesyorkan Parlimen dibaik pulih bagi memastikan penglibatan awam sebelum rang undang-undang dibentang dan diluluskan Dewan Rakyat.

Menurut beliau anggota-anggota Parlimen termasuk daripada BN jarang diberitahu mengenai undang-undang baru yang dicadangkan atau undang-undang sedia ada yang mahu dipinda.

Beliau menyatakan hanya kira-kira dua kali dilakukan perundingan awam di Parlimen - salah satunya perbincangan antara menteri dan NGO hak wanita untuk Akta Keganasan Domestik 1988 sebelum ia dibentangkan.

"Sebagai contoh, kami terlepas kelulusan pindaan Sekysen 114A Akta Keterangan 1950," kata bekas MP Temerloh itu.

Saifuddin berkata, antara rakan beliau yang turut terlepas ialah Senator Gan Ping Sieu dan Menteri Beliau dan Sukan Khairy Jamaluddin.

"Kami hanya menyedarinya keesokan pagi bila MP Pakatan Rakyat bercakap mengenainya," kata beliau kepada 40 hadirin - kebanyakannya beliau di sebuah forum di Pulau Pinang semalam.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS